Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Balik Kampung

Esok dah nak balik kampungku di Kelantan bersama buah hati dan juga kakakku. Tak sabarnya nak balik kampung nak jumpa dengan family tercinta. Dah agak lama jugak tak balik, yang paling awal bulan 2 masa raya cina tahun ni. Lebih kurang 6 bulan jugak tak balik. Di perantauan ni, macam-macam dugaan dan tekanan yang aku alami. Rasanya nak balik rilekskan minda dan melihat keindahan saujana kampung tercinta ku tu. Kali ni aku balik kampung dengan kereta, pertama kali balik guna kereta sebab My Viva baru beli bulan 5 baru ni. So, nak bawak balik memperkenalkan pada keluarga dan nak balik buat kenduri kesyukuran sedikit. Alhamdullilah, akhirnya berjaya beli kereta walaupun my viva. Di harapkan perjalanan balik ke Kelantan ni akan lancar. Aku bertawakal jea pada Allah s.w.t semoga selamat sampai di rumah tercinta. Insyaallah aku akan berhati-hati, aku tukar-tukar pandu kereta dengan buah hati aku. Walaupun dia tak de lesen, tapi aku percaya dia dapat pandu dengan selamat. Pada semua yang nak...

Macam-macam Ragam Manusia

Aku lalui hidup dengan bermacam-macam ragam dan perangai manusia di dunia ni. Tekanan tempat kerja sedikit sebanyak menjadikan aku panas baran dan cepat mengeluh. Aku betul-betul benci menjadi pekerja di sini, walaupun syarikat aku tidak membenarkan aku berhenti namun bagi aku itu semua adalah penipuan yang sengaja bermuka-muka. Aku akan cari kerja lain, tak mungkin untuk aku masih bertenggek di sini. Aku tak ingin menjadikan otak ku serabut dengan bermacam-macam masalah dan hidup dalam tekanan. Ragam manusia yang hanya bermuka-muka di hadapan dan berpura-pura baik. Semenjak berada di Enggang ni, bermacam-macam manusia bermuka-muka yang aku jumpa itu belum lagi di ofis aku. Susah betul hendak mencari manusia yang betul-betul mahu menolong insan yang tersepit kalau ada mesti hendakkkan balasannya. Baru-baru ni aku terpaksa berpindah untuk mencari rumah lain di sebabkan seorang kawanku datang ke sini kerana mendapat pekerjaan. Aku dan sahabatku Aiza, kami yang tinggal satu bilik terpaksa...

HR Officer Aneh atau Pelik?

Rentetan daripada interview di IOI Group (Properties). Aku ingatkan interview tu akan berakhir dengan aku gagal dan tak di terima. Tapi sebenarnya memang aku tak tahu pun status aku samada aku di terima atau tidak. Langsung aku tak nak berharap aku dapat di sebabkan aku dah bergaduh dengan HR Officer IOI Group tu. Kenapa? Kenapa aku bergaduh? Aku pun pelik kenapa lah aku harus terlibat dengan interview yang pelik selama 2 jam dan aku ingatkan akan berakhir di situ tapi 2 3 hari kemudian HR Officer dia telefon dan tanya boleh ke dia nak minta ‘reference’. Tentulah aku gembira dan seronoknya dan lantas setuju sahaja. Ingatkan peluang nak dapat kerja tu makin menghampiri tapi keseronokan yang menjadi kegeraman yang tak terhingga. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku kurusnya puasa aku semalam. Dan silap-silap boleh terbatal gara-gara HR Officer IOI tu. Aku pun pelik, setahu aku kalau HR buat reference mestilah dia nak tahu samada betul ke kita kerja dekat situ dan bagaimana prestasi kita. Ta...

Bonus Raya

Hari ini bercerita pasal bonus raya. Alhamdullilah sudah 16 hari kita berpuasa dan tinggal   sedikit lagi baki untuk di sudahkan. Semua orang kelihatan gembira apabila mendengar lagu raya dan bersedih apabila tinggal sedikit lagi Ramadan akan berlalu pergi. Masing-masing sibuk mencari keredhaan Allah. Manalah tahu kalau tak sempat nak berjumpa lagi di Ramadan seterusnya. Takut aku membayangkan kalaulah umur aku sampai tahun ni sahaja.Banyak-banyakla berdoa semoga Allah panjangkan umur kita. Semalam dengan murah hatinya syarikat aku memberikan bonus raya buat pekerja Melayu. Separuh daripada gaji asal dan gaji pula akan di masukkan minggu terakhir sebelum cuti raya. Gembiranya hati aku, balik kerja terus pergi check penyata. Alhamdullialah ada rezeki untuk anak-anak sedara aku dapat duit raya tahun ni. Maklumlah, ni pertama kali aku kerja paling lama dekat BCI ni selepas tamat pengajian. Aku pasti semua seronok bila mendapat bonus dan ada yang tidak puas hati kenapa bonus mereka da...

Kahwin Free Atau Kahwin Bajet Rendah?

  My LoVely Sister With her Husband   Perkahwinan itu adalah sesuatu   yang mulia yang amat di galakkan oleh ALLAH S.W.T terhadap hambaNya supaya dapat mengelakkan dari berlakunya maksiat. Dan, apabila kamu merasakan diri kamu berada dalam maksiat di antara pasangan kamu maka WAJIB lah bagi kamu untuk menikahi pasangan kamu.   Perkahwinan adalah sesuatu yang menggembirakan bagi kita orang Islam dan mendukacitakan bagi iblis dan syaitan.   Semua orang teringin untuk berkahwin, membina rumahtangga bersama pasangan yang di cintai dan memiliki zuriat yang sah. Tapi... Dunia sekarang bukan seperti zaman dahulu. Dunia sekarang adalah dunia DUIT HANTARAN.   Berapa rasa terbeban bagi mereka yang tidak berkemampuan apabila pasangan mereka meletak hantaran yang tinggi. Aku juga begitu. Hantaran perkahwinan aku juga agak tinggi bagi kami yang kononnya ada pelajaran dan pekerjaan. Nilai duit hantaran sekarang di letak di mana pelajaran dan pekerjaan seorang perempuan ...

Memaksa hati kerana ia rezeki ku...

Kenapa semua manusia kena bekerja? Itu sahaja persoalan yang ada dalam minda aku ni. Jawapannya mudah sahaja. Kerana kita bukan orang kaya dan perlu menyara diri sendiri. Bila di fikirkan balik, indahnya masa ‘study’ dulu. Bila ada peperiksaan sahaja baru fikirkan buku, kalau pun ‘stress’ hanya pada exam. Duit mungkin akan buat kita ‘stress’ jugak tapi masa tu tetap ada sokongan dan saluran dari keluarga.  Bila di alam pekerjaan ni,baru aku terfikir betapa susahnya untuk ma dan abah mencari duit apa lagi mereka tak berpelajaran setakat Darjah 6 sahaja. Kekayaan sungguh susah untuk di capai, walaupun dapat di capai tak mungkin mengambil masa sehari.  Rasanya tak semua orang dapat bekerja di dalam bidang yang di ikuti masa di universiti dan buktinya tengoklah aku sendiri. Lari dari bidang pengajian dan bekerja sebagai sales coordinator yang aku rasa tak sesuai langsung dengan jiwa aku. Aku tak suka kerja macam ni. Tak suka di arah-arah dan di beri arahan sedangkan aku tahu aku b...

Orang kita adakah seperti orang asing?

Di sebalik cermin di konti pejabat, termenung melihat pemandangan yang tak seberapa indah. Pagi-pagi memang aku gemar termenung mengambil ‘mood’ untuk melakukan kerja sambil mendengar Dj Hot Fm berceloteh. Hari ni topik “ Berapa kos mari memikat?” . Kadang-kadang telatah Dj Fara,Usop,FBI dan AG memang betul-betul mencuit hati aku. Sampai boleh tersenyum sendiri lah katakan. Sedang syok melayan perasan, terpandang di sebalik cermin seorang warga asing yang di ambil bekerja di syarikat aku. Warga Nepal atau Myammar aku kira. Khusyuk dia sedang menyapu sampah membersihkan halaman sekililing syarikat. Satu, satu sampah di kaut di angkat menggunakan tangan tanpa apa-apa sarung tangan. Kelihatan jijik pada aku melihat tangannya berbalut sampah saliran longkang tapi apa agaknye perasaan dia? Sedangkan aku yang melihat pun merasa jijik. Mungkin sudah terbiasa atau mungkin terpaksa membiasakan diri, memandangkan itu adalah rezeki nya.  Rajin dia membongkok dan menarik satu, satu sampah di s...

Mencari Persekitaran yang Lebih Baik..

Hari ni aku buat keputusan mendadak dengan mengambil MC untuk pergi interview.  Syarikat yang menjemput aku untuk interview bukan syarikat biasa-biasa. Syarikat besar dari bidang hartanah dan mengungguli “Top 10 Best Company”. Rasa macam nak terlompat-lompat masa dapat panggilan temuduga tu, tapi sempat ke nak buat apa-apa persediaan? Memang tak sempat! Aku dapat panggilan selewat puku 4 petang pada 10/08/2011 dan interview seawal 10.am pada 11/08/2011. Semalaman masa aku, aku pergi cari jalan ke tempat interview aku. Takut sesat dan tersesat dan melewatkan masa interview, terpaksa la berkorban. Selepas berbuka puasa jea terus minta tolong buah hati temankan aku mencari lokasi syarikat tersebut. Lepas jumpa, balik dan penat terus tertido tanpa sempat praktis apa-apa. Memang betul la aku hanya bertawakal sahaja. Bagi aku, jika Allah mengizinkan itu rezeki aku ia akan tetap menjadi rezeki aku dan jika bukan maka aku redha sahaja.  Walaupun aku tahu kita harus berusaha untuk mend...

HaRi YaNg inDaH..

Pagi yang indah dan hari yang indah dan bermula dengan senyuman yang indah. Percayalah kita akan dapat yang indah dan keindahan itu akan terus menjadi sesuatuyang indah. Indah dalam dalam diri dan indah dalam fikiran dan semuanya hanya lah indah. Indahnya ciptaan Allah menciptakan manusia seindah rupa dan akhlak, menciptakan bunga seindah rupa dan sewangi harumannya dan menciptakan alam seindah mata memandang. Mulakan hari yang indah ini dengan minda yang positif dan jauhkan diri dari tekanan dan ciptalah akal yang indah dengan tafakur diri yang indah. “Tanyalah Hati dan Positifkan Minda”