Skip to main content

Posts

Novel ..

Assalamualaikum.... Kebelakangan ni banyak sangat masa terluang di pejabat dan aku lak tak tahu nak buat. Dalam sibuk mengonline kan diri , aku buat kerja lama membaca novel dan cerpen di www.penulisan2u.com. Kebanyakan novel dan cerpen yang di postkan memang best sangat. Kekadang  sampai tak sedar. Tup-Tup dah nak balik. Hari ni seharian suntuk aku menghabiskan masa aku membuat novel terbaru yang berjudul My P.A. Setelah siap, aku akan postkan setiap bab demi bab tentang novel aku tu. Mulanya ada terfikir nak postkan di wall penulisan 2u tapi risau tak de mase kan, ada yang tertunggu-tunggu lak.. haha .. Perasan macam ada peminat lak. Tapi first berjudul Tuan Muda Vs Puan Muda, dapat juga feedback yang baik dari pembaca kat sana. Cuma aku tak sempat nak habiskan, di sebabkan laptop lama aku yang rosak. Segala data tentang novel tu hilang macam tu sampai aku pun tak ingat macam mana cerita dia. so, aku fokuskan novel kedua aku la My P.A. Okey, mai aku cerita sedikit tentang sinop...
Recent posts

Di ganggu Ker?

Semalam.. Rasa macam di ganggu oleh makhluk lain saja.. Tapi betul ker? Itulah pesan orang tua jangan selalu balik lewat malam nanti ada menda yang ikut hangpa balik sekali. Semalam, aku betul -betul tak boleh tidur rasa seluruh badan ni seram sejuk, bulu meroma naik semacam jea. Tak pernah aku rasa macam ni, sampai ke pagi aku tak tidur. Padahal aku bukan keluar tonton wayang seram pun atau tengok citer hantu pun. Aku hanya keluar makan dengan Incik Ardy then, sedar tak sedar dah kul 12.00 lebih sampai rumah terus naik lift dan masuk bilik. Siap basuh kaki dan baca ayat kursi lagi sebelum tidur. Walaupun gangguan tu biasa jea, tak de aku lihat sesuatu yang pelik macam hantu ke ape.. tapi setiap kali nak tutup mata bulu roma aku naik secara tiba-tiba dan tangan kaki aku menggeletar. Kenapa yea? Aku tak pernah rasa macam tu dan tak tahu kenapa jadi macam tu.. Sebelum kami pindah, aku dah pastikan rumah yang kami duduk tu memang selamat dari apa-apa yang menakutkan, maklumla kami semuany...

Teringin Nak Touch Up Muka

Dua tiga hari ni, perasaan nak kembali bermake up tu tetiba sahaja datang. Tak tahulah apa kena ngan kepala otak ini. Bila balik umah duk belek-belek jea muka sehari-hari rasa macam kurang sangat dan rasa macam di mamah usia tul aku ni. Huhuhu.. Dah lama aku menghentikan aktiviti touch up muka ni selepas bercinta dan berkasih sayang dengan Incik Ardy ni, maklumla die suka someone yang simple.So, everything aku buat sgtla simple. Kalau Incik Ardy ajak keluar, dalam mase 5 minit onthespot siap!! Wow, express gila macam keretapi express lak. Pakai jea tudung express, no need powder just tengok2 cermin 1 saat atau pun langsung x tengok, hentam bedal baju t-shirt jea then pong,pong kereta Incik Ardy ada depan mata. So, sweat!! Tapi kita ni naluri wanita, kalau kita tak cantik tuk orang yang kita sayang maybe someday dia akan cari yang lebih cantik dan pandai bergaya lebih dari kita. Walaupun Incik Ardy tak pernah bersungut dengan cara pemakaian aku and he said he like it tapi bagi aku, ak...

Lupa Sebentar

Assalamualaikum ... :) Dah lama tak menjenguk ke blog sendiri dan update kan status kat my blog ni . Bukan sebab busy tapi mood tak berapa ada nak post ape-ape kat my blog ni. Banyak masalah yang berlaku dalam hidup aku ni sejak kebelakangan ni. Melalui proses yang sukar menyebabkan aku rasa nak menyendiri dan menenangkan diri sahaja. Apa pun kini aku kembali ke my blog. Nak sharing something dengan semua walaupun tak de sesiapa sudi menjenguk blog aku. Huhuhu.. :)

Balik Kampung

Esok dah nak balik kampungku di Kelantan bersama buah hati dan juga kakakku. Tak sabarnya nak balik kampung nak jumpa dengan family tercinta. Dah agak lama jugak tak balik, yang paling awal bulan 2 masa raya cina tahun ni. Lebih kurang 6 bulan jugak tak balik. Di perantauan ni, macam-macam dugaan dan tekanan yang aku alami. Rasanya nak balik rilekskan minda dan melihat keindahan saujana kampung tercinta ku tu. Kali ni aku balik kampung dengan kereta, pertama kali balik guna kereta sebab My Viva baru beli bulan 5 baru ni. So, nak bawak balik memperkenalkan pada keluarga dan nak balik buat kenduri kesyukuran sedikit. Alhamdullilah, akhirnya berjaya beli kereta walaupun my viva. Di harapkan perjalanan balik ke Kelantan ni akan lancar. Aku bertawakal jea pada Allah s.w.t semoga selamat sampai di rumah tercinta. Insyaallah aku akan berhati-hati, aku tukar-tukar pandu kereta dengan buah hati aku. Walaupun dia tak de lesen, tapi aku percaya dia dapat pandu dengan selamat. Pada semua yang nak...

Macam-macam Ragam Manusia

Aku lalui hidup dengan bermacam-macam ragam dan perangai manusia di dunia ni. Tekanan tempat kerja sedikit sebanyak menjadikan aku panas baran dan cepat mengeluh. Aku betul-betul benci menjadi pekerja di sini, walaupun syarikat aku tidak membenarkan aku berhenti namun bagi aku itu semua adalah penipuan yang sengaja bermuka-muka. Aku akan cari kerja lain, tak mungkin untuk aku masih bertenggek di sini. Aku tak ingin menjadikan otak ku serabut dengan bermacam-macam masalah dan hidup dalam tekanan. Ragam manusia yang hanya bermuka-muka di hadapan dan berpura-pura baik. Semenjak berada di Enggang ni, bermacam-macam manusia bermuka-muka yang aku jumpa itu belum lagi di ofis aku. Susah betul hendak mencari manusia yang betul-betul mahu menolong insan yang tersepit kalau ada mesti hendakkkan balasannya. Baru-baru ni aku terpaksa berpindah untuk mencari rumah lain di sebabkan seorang kawanku datang ke sini kerana mendapat pekerjaan. Aku dan sahabatku Aiza, kami yang tinggal satu bilik terpaksa...

HR Officer Aneh atau Pelik?

Rentetan daripada interview di IOI Group (Properties). Aku ingatkan interview tu akan berakhir dengan aku gagal dan tak di terima. Tapi sebenarnya memang aku tak tahu pun status aku samada aku di terima atau tidak. Langsung aku tak nak berharap aku dapat di sebabkan aku dah bergaduh dengan HR Officer IOI Group tu. Kenapa? Kenapa aku bergaduh? Aku pun pelik kenapa lah aku harus terlibat dengan interview yang pelik selama 2 jam dan aku ingatkan akan berakhir di situ tapi 2 3 hari kemudian HR Officer dia telefon dan tanya boleh ke dia nak minta ‘reference’. Tentulah aku gembira dan seronoknya dan lantas setuju sahaja. Ingatkan peluang nak dapat kerja tu makin menghampiri tapi keseronokan yang menjadi kegeraman yang tak terhingga. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku kurusnya puasa aku semalam. Dan silap-silap boleh terbatal gara-gara HR Officer IOI tu. Aku pun pelik, setahu aku kalau HR buat reference mestilah dia nak tahu samada betul ke kita kerja dekat situ dan bagaimana prestasi kita. Ta...