Rentetan daripada interview di IOI Group (Properties).
Aku ingatkan interview tu akan berakhir dengan aku gagal dan tak di terima. Tapi sebenarnya memang aku tak tahu pun status aku samada aku di terima atau tidak. Langsung aku tak nak berharap aku dapat di sebabkan aku dah bergaduh dengan HR Officer IOI Group tu. Kenapa? Kenapa aku bergaduh? Aku pun pelik kenapa lah aku harus terlibat dengan interview yang pelik selama 2 jam dan aku ingatkan akan berakhir di situ tapi 2 3 hari kemudian HR Officer dia telefon dan tanya boleh ke dia nak minta ‘reference’. Tentulah aku gembira dan seronoknya dan lantas setuju sahaja. Ingatkan peluang nak dapat kerja tu makin menghampiri tapi keseronokan yang menjadi kegeraman yang tak terhingga.
Tuhan sahaja yang tahu betapa aku kurusnya puasa aku semalam. Dan silap-silap boleh terbatal gara-gara HR Officer IOI tu. Aku pun pelik, setahu aku kalau HR buat reference mestilah dia nak tahu samada betul ke kita kerja dekat situ dan bagaimana prestasi kita. Tapi ini tidak, lain yang jadinya. Ada ke HR Officer tu pergi tanya HR Manager aku kenapa aku nak ‘resign’? dan siap bagitahu lagi aku ada hantar permohonan kerja di syarikat dia dan dia ingin tahu siapa ‘superior’ aku. Ya Allah, menggigil badan aku HR manager aku panggil masuk minute meeting gara-gara HR Officer IOI tu. Dia terkejut dan tidak menyangka aku akan berhenti kerja.
Masalahnya.... Aku hanya buat permohonan kerja di situ sahaja dan tidak berniat untuk berhenti kerja jika aku tidak mendapat kerja lain. Bukannya aku hendak berhenti kerja terus. Dan kenapa HR Officer tu tak faham dan mendedahkan status permohonan kerja aku di syarikat tersebut. Bukankan perlu ada kerahsiaan terhadap orang yang mohon kerja denga syarikat pemohon tersebut. Perlu ke sebarkan pada semua management aku cari kerja lain?. Semalaman aku tak dapat tidur memikirkan kenapa dia buat aku macam ni. Kalau betul pun procedur tapi bukankan ada kerahsiaan terhadap permohonan tersebut. Lainla kalau aku betul-betul dapat kerja tersebut dan dia bagitau manager aku yang aku perlu resign.
Peliknya Ya Allah...
Jika kita ambil fikiran kita dari satu sudut positif. Berhati-hati dalam memilih sesuatu yang mungkin akan memudaratkan diri kita dan masa depan kita.
“Tanyalah Hati dan Positifikan Minda
Salam.. bila nak bawak saya jejalan naik viva ni? huhuhu
ReplyDelete