Hari ni aku buat keputusan mendadak dengan mengambil MC untuk pergi interview. Syarikat yang menjemput aku untuk interview bukan syarikat biasa-biasa. Syarikat besar dari bidang hartanah dan mengungguli “Top 10 Best Company”. Rasa macam nak terlompat-lompat masa dapat panggilan temuduga tu, tapi sempat ke nak buat apa-apa persediaan? Memang tak sempat! Aku dapat panggilan selewat puku 4 petang pada 10/08/2011 dan interview seawal 10.am pada 11/08/2011. Semalaman masa aku, aku pergi cari jalan ke tempat interview aku. Takut sesat dan tersesat dan melewatkan masa interview, terpaksa la berkorban. Selepas berbuka puasa jea terus minta tolong buah hati temankan aku mencari lokasi syarikat tersebut. Lepas jumpa, balik dan penat terus tertido tanpa sempat praktis apa-apa. Memang betul la aku hanya bertawakal sahaja. Bagi aku, jika Allah mengizinkan itu rezeki aku ia akan tetap menjadi rezeki aku dan jika bukan maka aku redha sahaja. Walaupun aku tahu kita harus berusaha untuk mendapatkannya dan aku sudah seadaya upaya berusaha menghafal dan praktis di dalam kereta sahaja.
Langkah kanan aku mulakan dengan Bismillah dan laju aku pandu My Viva ke destinasi yang sepatutnya. Memang aku sudah terlewat tapi masih lagi sebelum pukul 10.am. Aku berdoa banyak-banyak harap orang yang menemuduga aku ni adalah orang yang bertimbang rasa. Sampai di syarikat tersebut, aku awal 5 minit namun tersesat mencari parking kereta yang rupanya parking berbayar di dalam bangunan hotel so melewatkan masa aku menjadi 10 minit.
Aku di sambut dengan tak berapa mesra aku kira dari penyambut tetamunya tapi tak mengapalah. Percaya tak, aku mengambil masa 2 jam setengah untuk interview aku dengan seorang manager aku kira. Inilah interview paling lama yang pernah aku alami setakat ni. Paling lama pun 45 minit di KFC Holding. Dan.... Semacam aku duga.. Tanpa persediaan yang rapi tak mungkin aku lulus dalam temuduga ni. Bermacam-macam soalan yang tak terduga dan tak tercapai dek jawapan ni .. membuatkan aku hentam dan belasah jea. Kira ok lah manager ni, still layan merapu meraban aku ni sampai 2 jam setengah.
Kesudahannya.. Aku tersenyum sendiri dengan English aku yang FAILED!!
Jika kita ambil fikiran kita dari satu sudut positif. Mungkin bukan rezeki aku untuk bekerja di IOI GROUP of Companies.
“Tanyalah Hati dan Positifkan Minda”.

Comments
Post a Comment
TeriMa kAsIh Daun KeLadi naNti CoMmeNt Lagi