Di sebalik cermin di konti pejabat, termenung melihat pemandangan yang tak seberapa indah. Pagi-pagi memang aku gemar termenung mengambil ‘mood’ untuk melakukan kerja sambil mendengar Dj Hot Fm berceloteh. Hari ni topik “ Berapa kos mari memikat?” . Kadang-kadang telatah Dj Fara,Usop,FBI dan AG memang betul-betul mencuit hati aku. Sampai boleh tersenyum sendiri lah katakan. Sedang syok melayan perasan, terpandang di sebalik cermin seorang warga asing yang di ambil bekerja di syarikat aku. Warga Nepal atau Myammar aku kira. Khusyuk dia sedang menyapu sampah membersihkan halaman sekililing syarikat. Satu, satu sampah di kaut di angkat menggunakan tangan tanpa apa-apa sarung tangan. Kelihatan jijik pada aku melihat tangannya berbalut sampah saliran longkang tapi apa agaknye perasaan dia? Sedangkan aku yang melihat pun merasa jijik. Mungkin sudah terbiasa atau mungkin terpaksa membiasakan diri, memandangkan itu adalah rezeki nya. Rajin dia membongkok dan menarik satu, satu sampah di sebalik timbunan sampah dan meletakkan ke dalam kereta tolak. Tiba-tiba teringatkan abah... Adakah kerja abah pun macam ni? Kerja memungut sampah di kampung adakah berbeza dengan kerja memungut sampah di bandar? Hati mula rasa gelisah, air mata mula bergenang.. “itu rezeki” abah pernah bagitahu aku. Mungkin terpaksa atau terpaksa memaksa demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak membesar.
Adakah orang kita ni sama dengan orang asing? Adakah hati aku ni kesian melihat orang asing tu? Sedangkan begitu ramai orang asing di bumi Malaysia ni. Hati ni kadang-kadang kejam mengiayakan yang mereka itu sebenarnya menumpang kekayaan untuk mencari rezeki dekat sini. Salah ke berfikiran semacam tu? Semacam rasa benci dan meluat tapi... bila memikirkan balik.. Sanggup ke anak-anak muda kita bekerja seperti mereka, memungut sampah, membina bangunan, membuat jalan raya. Sanggup ke orang kita? Mungkin ada yang sanggup.. Sedangkan abah pernah bagtau aku, mula-mula memungut sampah dia malu orang melihat dia dalam keadaan buruk, busuk dan penat mencari di tengah-tengah matahari yang terik.Tetapi keadaan yang memaksa dan dia terpaksa. Kesiannya abah..
Orang asing pun mesti sama juga, mereka datang dengan harapan mencari rezeki. Apa-apa kerja pun jadilah janji mereka dapat hasil dari berada di negara mereka yang mungkin tak menjanjikan apa-apa. Mungkin mereka suka atau mungkin mereka terpaksa atau mungkin keadaan yang memaksa mereka. Jika kita ambil fikiran kita dari satu sudut positif.. Mungkin ke kita dapat menerima orang asing dan sebab mereka datang ke bumi Malaysia ni.
“Tanyalah Hati dan Positifikan Minda”.
Comments
Post a Comment
TeriMa kAsIh Daun KeLadi naNti CoMmeNt Lagi