Skip to main content

Memaksa hati kerana ia rezeki ku...

Kenapa semua manusia kena bekerja? Itu sahaja persoalan yang ada dalam minda aku ni. Jawapannya mudah sahaja. Kerana kita bukan orang kaya dan perlu menyara diri sendiri. Bila di fikirkan balik, indahnya masa ‘study’ dulu. Bila ada peperiksaan sahaja baru fikirkan buku, kalau pun ‘stress’ hanya pada exam. Duit mungkin akan buat kita ‘stress’ jugak tapi masa tu tetap ada sokongan dan saluran dari keluarga.  Bila di alam pekerjaan ni,baru aku terfikir betapa susahnya untuk ma dan abah mencari duit apa lagi mereka tak berpelajaran setakat Darjah 6 sahaja. Kekayaan sungguh susah untuk di capai, walaupun dapat di capai tak mungkin mengambil masa sehari.  Rasanya tak semua orang dapat bekerja di dalam bidang yang di ikuti masa di universiti dan buktinya tengoklah aku sendiri. Lari dari bidang pengajian dan bekerja sebagai sales coordinator yang aku rasa tak sesuai langsung dengan jiwa aku. Aku tak suka kerja macam ni. Tak suka di arah-arah dan di beri arahan sedangkan aku tahu aku boleh buat lagi baik dari ni. Tapi peluang tak selalu ada. Kalau ada, ENGLISH yang tak seberapa ni tetap di tendang orang.  Hati ni memaksa jea dari hari ke hari untuk bekerja kat sini tapi otak makin lama makin bebal dan tak ingin lagi nak terima segalanya. Sangat susah nak mencari satu peluang, dan sangat senang untuk hilang peluang tersebut. Aku hanya perlu bersabar dan memaksa hati ni kerana di sini ada rezeki aku. Dan aku berharap dengan usaha, aku akan dapat kerja seperti yang aku mahu. Tapi akan ada ke peluang tersebut??
Jika kita ambil fikiran kita dari satu sudut positif.. Kita patut bersyukur, sekurangnya aku masih lagi ada pekerjaan sedangkan di luar sana lagi ramai yang mengganggur dan terkejar-kejar mencari kerja.
“Tanyalah Hati dan Positifikan Minda”.

Comments

Popular posts from this blog

Balik Kampung

Esok dah nak balik kampungku di Kelantan bersama buah hati dan juga kakakku. Tak sabarnya nak balik kampung nak jumpa dengan family tercinta. Dah agak lama jugak tak balik, yang paling awal bulan 2 masa raya cina tahun ni. Lebih kurang 6 bulan jugak tak balik. Di perantauan ni, macam-macam dugaan dan tekanan yang aku alami. Rasanya nak balik rilekskan minda dan melihat keindahan saujana kampung tercinta ku tu. Kali ni aku balik kampung dengan kereta, pertama kali balik guna kereta sebab My Viva baru beli bulan 5 baru ni. So, nak bawak balik memperkenalkan pada keluarga dan nak balik buat kenduri kesyukuran sedikit. Alhamdullilah, akhirnya berjaya beli kereta walaupun my viva. Di harapkan perjalanan balik ke Kelantan ni akan lancar. Aku bertawakal jea pada Allah s.w.t semoga selamat sampai di rumah tercinta. Insyaallah aku akan berhati-hati, aku tukar-tukar pandu kereta dengan buah hati aku. Walaupun dia tak de lesen, tapi aku percaya dia dapat pandu dengan selamat. Pada semua yang nak...

Mencari Persekitaran yang Lebih Baik..

Hari ni aku buat keputusan mendadak dengan mengambil MC untuk pergi interview.  Syarikat yang menjemput aku untuk interview bukan syarikat biasa-biasa. Syarikat besar dari bidang hartanah dan mengungguli “Top 10 Best Company”. Rasa macam nak terlompat-lompat masa dapat panggilan temuduga tu, tapi sempat ke nak buat apa-apa persediaan? Memang tak sempat! Aku dapat panggilan selewat puku 4 petang pada 10/08/2011 dan interview seawal 10.am pada 11/08/2011. Semalaman masa aku, aku pergi cari jalan ke tempat interview aku. Takut sesat dan tersesat dan melewatkan masa interview, terpaksa la berkorban. Selepas berbuka puasa jea terus minta tolong buah hati temankan aku mencari lokasi syarikat tersebut. Lepas jumpa, balik dan penat terus tertido tanpa sempat praktis apa-apa. Memang betul la aku hanya bertawakal sahaja. Bagi aku, jika Allah mengizinkan itu rezeki aku ia akan tetap menjadi rezeki aku dan jika bukan maka aku redha sahaja.  Walaupun aku tahu kita harus berusaha untuk mend...

Macam-macam Ragam Manusia

Aku lalui hidup dengan bermacam-macam ragam dan perangai manusia di dunia ni. Tekanan tempat kerja sedikit sebanyak menjadikan aku panas baran dan cepat mengeluh. Aku betul-betul benci menjadi pekerja di sini, walaupun syarikat aku tidak membenarkan aku berhenti namun bagi aku itu semua adalah penipuan yang sengaja bermuka-muka. Aku akan cari kerja lain, tak mungkin untuk aku masih bertenggek di sini. Aku tak ingin menjadikan otak ku serabut dengan bermacam-macam masalah dan hidup dalam tekanan. Ragam manusia yang hanya bermuka-muka di hadapan dan berpura-pura baik. Semenjak berada di Enggang ni, bermacam-macam manusia bermuka-muka yang aku jumpa itu belum lagi di ofis aku. Susah betul hendak mencari manusia yang betul-betul mahu menolong insan yang tersepit kalau ada mesti hendakkkan balasannya. Baru-baru ni aku terpaksa berpindah untuk mencari rumah lain di sebabkan seorang kawanku datang ke sini kerana mendapat pekerjaan. Aku dan sahabatku Aiza, kami yang tinggal satu bilik terpaksa...