Monday 26 September 2011

Novel ..

Assalamualaikum....

Kebelakangan ni banyak sangat masa terluang di pejabat dan aku lak tak tahu nak buat. Dalam sibuk mengonline kan diri , aku buat kerja lama membaca novel dan cerpen di www.penulisan2u.com. Kebanyakan novel dan cerpen yang di postkan memang best sangat. Kekadang  sampai tak sedar. Tup-Tup dah nak balik. Hari ni seharian suntuk aku menghabiskan masa aku membuat novel terbaru yang berjudul My P.A. Setelah siap, aku akan postkan setiap bab demi bab tentang novel aku tu. Mulanya ada terfikir nak postkan di wall penulisan 2u tapi risau tak de mase kan, ada yang tertunggu-tunggu lak.. haha .. Perasan macam ada peminat lak. Tapi first berjudul Tuan Muda Vs Puan Muda, dapat juga feedback yang baik dari pembaca kat sana. Cuma aku tak sempat nak habiskan, di sebabkan laptop lama aku yang rosak. Segala data tentang novel tu hilang macam tu sampai aku pun tak ingat macam mana cerita dia. so, aku fokuskan novel kedua aku la My P.A. Okey, mai aku cerita sedikit tentang sinopsis novel ni.

" Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang terpaksa memikul tugas sebagai Personal Assistant kepada seorang bos yang panas baran, main perempuan,suka minum arak dan juga suka ke kelab malam. Hanya kerana terpaksa menampung dan menanggung keluarganya di kampung di sebabkan ayahnya yang sudah tidak mampu bekerja. Akhirnya,Zulaikha reda, untuk menjadi Personal Assistant kepada Ahmad Irfan. Segalanya bermula dengan amat berat sekali sehingga mencalarkan imejnye sebagai Gadis Bertudung... So, Ikuti kisah gadis manis ni..."

Itu sedikit sahaja sinopsisnya. Ia lebih menyentuh kepada kehidupan gadis kampung yang berusaha menjaga maruah, akidah dan imannya. Bukan susah hendak hidup di ibu kota Kuala Lumpur tanpa di pengaruhi apa-apa. So.. Jagalah diri kita baik-baik. Jangan mencemarkan nama baik kedua-dua orang tua kita dan sayangi lah diri kita sebagaimana Allah S.W.T telah mencipta kita sebaik-baik manusia. Jangan sampai Dia mengambil hak Dia,kita nak menyesal pun tiada gunanya.

Apa-apa Pun...

"Tanyalah Hati dan Positifkan Minda"

Friday 23 September 2011

Di ganggu Ker?

Semalam.. Rasa macam di ganggu oleh makhluk lain saja.. Tapi betul ker? Itulah pesan orang tua jangan selalu balik lewat malam nanti ada menda yang ikut hangpa balik sekali. Semalam, aku betul -betul tak boleh tidur rasa seluruh badan ni seram sejuk, bulu meroma naik semacam jea. Tak pernah aku rasa macam ni, sampai ke pagi aku tak tidur. Padahal aku bukan keluar tonton wayang seram pun atau tengok citer hantu pun. Aku hanya keluar makan dengan Incik Ardy then, sedar tak sedar dah kul 12.00 lebih sampai rumah terus naik lift dan masuk bilik. Siap basuh kaki dan baca ayat kursi lagi sebelum tidur. Walaupun gangguan tu biasa jea, tak de aku lihat sesuatu yang pelik macam hantu ke ape.. tapi setiap kali nak tutup mata bulu roma aku naik secara tiba-tiba dan tangan kaki aku menggeletar. Kenapa yea? Aku tak pernah rasa macam tu dan tak tahu kenapa jadi macam tu.. Sebelum kami pindah, aku dah pastikan rumah yang kami duduk tu memang selamat dari apa-apa yang menakutkan, maklumla kami semuanya perempuan. Tapi aku pasti, ia bukan dari rumah tu, ini menda luar yang mungkin ikut aku balik sebab semalam kami keluar dengan motor. Nak jimatkan minyak kereta punya pasal,huhuhu.. Sebelum tu, aku tunggu Incik Ardy di belakang flat rumah aku tepi kereta yang agak jauh kebelakangan dan gelap di situ sebab aku parkir kereta di hujung sekali. Kenapalah, tak cerdik p tunggu situ...Tapi aku tak pasti betul ke aku di ganggu?? Huhuhu.. menyebabkan aku tak tdur sampai ke pagi.............

Wednesday 21 September 2011

Teringin Nak Touch Up Muka

Dua tiga hari ni, perasaan nak kembali bermake up tu tetiba sahaja datang. Tak tahulah apa kena ngan kepala otak ini. Bila balik umah duk belek-belek jea muka sehari-hari rasa macam kurang sangat dan rasa macam di mamah usia tul aku ni. Huhuhu.. Dah lama aku menghentikan aktiviti touch up muka ni selepas bercinta dan berkasih sayang dengan Incik Ardy ni, maklumla die suka someone yang simple.So, everything aku buat sgtla simple. Kalau Incik Ardy ajak keluar, dalam mase 5 minit onthespot siap!! Wow, express gila macam keretapi express lak. Pakai jea tudung express, no need powder just tengok2 cermin 1 saat atau pun langsung x tengok, hentam bedal baju t-shirt jea then pong,pong kereta Incik Ardy ada depan mata. So, sweat!!

Tapi kita ni naluri wanita, kalau kita tak cantik tuk orang yang kita sayang maybe someday dia akan cari yang lebih cantik dan pandai bergaya lebih dari kita. Walaupun Incik Ardy tak pernah bersungut dengan cara pemakaian aku and he said he like it tapi bagi aku, aku nak kelihatan cantik macam dulu.. Nak bergaya macam masa aku study dulu.. Sampaikan kekawan pun pelik dengan perubahan drastik aku yang hanya pakai bedak jea. No lipstic, No eyeshadow,No eyelinear and No for make up!! Kemudian aku rasa dah terlalu tua sangat dengan usia aku.. Huk,Huk.. Hate dats..

Then, aku nak kembali menjadi NikeyHoneybee aku yang dulu whether Incik Ardy suka tau x.. Aku akan buat dia suka jugak dengan perubahan baru aku ni. Banyak nak kena belajar semula. cara make up and nak kena beli selendang amd baju baru. Now, old date semuanya.. Hohoho..

Tuesday 20 September 2011

Lupa Sebentar

Assalamualaikum ... :)

Dah lama tak menjenguk ke blog sendiri dan update kan status kat my blog ni . Bukan sebab busy tapi mood tak berapa ada nak post ape-ape kat my blog ni. Banyak masalah yang berlaku dalam hidup aku ni sejak kebelakangan ni. Melalui proses yang sukar menyebabkan aku rasa nak menyendiri dan menenangkan diri sahaja. Apa pun kini aku kembali ke my blog. Nak sharing something dengan semua walaupun tak de sesiapa sudi menjenguk blog aku. Huhuhu..

:)

Thursday 25 August 2011

Balik Kampung

Esok dah nak balik kampungku di Kelantan bersama buah hati dan juga kakakku. Tak sabarnya nak balik kampung nak jumpa dengan family tercinta. Dah agak lama jugak tak balik, yang paling awal bulan 2 masa raya cina tahun ni. Lebih kurang 6 bulan jugak tak balik. Di perantauan ni, macam-macam dugaan dan tekanan yang aku alami. Rasanya nak balik rilekskan minda dan melihat keindahan saujana kampung tercinta ku tu. Kali ni aku balik kampung dengan kereta, pertama kali balik guna kereta sebab My Viva baru beli bulan 5 baru ni. So, nak bawak balik memperkenalkan pada keluarga dan nak balik buat kenduri kesyukuran sedikit. Alhamdullilah, akhirnya berjaya beli kereta walaupun my viva.
Di harapkan perjalanan balik ke Kelantan ni akan lancar. Aku bertawakal jea pada Allah s.w.t semoga selamat sampai di rumah tercinta. Insyaallah aku akan berhati-hati, aku tukar-tukar pandu kereta dengan buah hati aku. Walaupun dia tak de lesen, tapi aku percaya dia dapat pandu dengan selamat.

Pada semua yang nak balik kampung, aku harapkan pandulah dengan selamat dan ingatlah keluarga tercinta yang sedang menanti di kampung. Di kesempatan ni, aku mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.

Monday 22 August 2011

Macam-macam Ragam Manusia

Aku lalui hidup dengan bermacam-macam ragam dan perangai manusia di dunia ni. Tekanan tempat kerja sedikit sebanyak menjadikan aku panas baran dan cepat mengeluh. Aku betul-betul benci menjadi pekerja di sini, walaupun syarikat aku tidak membenarkan aku berhenti namun bagi aku itu semua adalah penipuan yang sengaja bermuka-muka. Aku akan cari kerja lain, tak mungkin untuk aku masih bertenggek di sini. Aku tak ingin menjadikan otak ku serabut dengan bermacam-macam masalah dan hidup dalam tekanan.
Ragam manusia yang hanya bermuka-muka di hadapan dan berpura-pura baik. Semenjak berada di Enggang ni, bermacam-macam manusia bermuka-muka yang aku jumpa itu belum lagi di ofis aku. Susah betul hendak mencari manusia yang betul-betul mahu menolong insan yang tersepit kalau ada mesti hendakkkan balasannya. Baru-baru ni aku terpaksa berpindah untuk mencari rumah lain di sebabkan seorang kawanku datang ke sini kerana mendapat pekerjaan. Aku dan sahabatku Aiza, kami yang tinggal satu bilik terpaksa berpindah keluar kerana kesian dengan kawan kami Peah yang akan datang selepas raya. Terpaksa bersusah payah mencari sebiji rumah untuk kami bertiga. Macam-macam masalah yang terjadi, membuatkan aku sedikit tertekan. Aku tak tahu macam mana dengan aiza,mungkin lagi tertekan di sebabkan dia baru sahaja belajar bertapak di Selangor ni. Senang rupanya hendak mengenali manusia yang busuk hati ni. Entahlah, memang perkara yang akan ku sangka tapi buat-buat tidak sangka . ‘The owner’ yang kami sewa sekarang buat perangai tiba-tiba nak ‘burnkan’ deposit aku bagi RM400 sebelum berpindah kesini. Tak ke aku mengamuk sakan.Apa kes la minah ni cari penyakit dengan aku. Last-last bagi Rm200 dengan berbaki Rm200.
Dengan kes tu yang tak settle lagi, kami cari juga sebuah rumah di kawasan Enggang dan terjumpa sebijik rumah  dan ‘The Owner’ is Chinese guy. Kami ingatkan dia boleh bertimbang rasa tapi sama jugak, selepas bagi deposit  dan dia berjanji akan siapkan rumah tu dalam masa seminggu. Tapi 2 minggu dari tarikh bagi deposit, rumah kosong tu masih duduk macam tu. Dengan pintu rosak dan cermin tak berganti, buat aku dengan aiza bengang. Kami yang akan pindah lepas raya, memang gelisah la sebab ‘the owner’ lama rumah sewa kami for sure akan ‘menghalau’ kami.
So,setelah berbincang kami ingin minta balik deposit kami dari chinese guy tu tapi bermacam-macam putar belit dari chinese guy tu. Entah kenapalah malang nasib kami, percaya dengan orang macam tu jea. Di sebabkan kami terdesak sebenarnya hendak cari rumah dan kami bertawakal sahaja lah. Akhirnya, kami buat keputusan cari rumah lain dengan kadar segera.
Dengan 2 kes yang tak settle lagi. Kami pusing semua blok yang ada kat situ, dalam pada berjalan-jalan tu terjumpa lah 2 orang pak cik yang mengaku sebagai AJK blok tersebut. Di pendekkan cerita, 2 orang pakcik tu hendaklah tolong kami cari rumah sewa dn dapatlah rumah sewa dekat situ tapi bukan umah sewa hanya bilik sewa. Pakcik yang sorang tu bawa la kami jumpa ‘the owner’ bilik yang hendak di sewa tu. Dalam duk berbincang tu,’the owner’ tu bagitahu kami yang rumahnya 1 bilik besar dia guna untuk berubat orang maksudnya bomoh orang. Tapi tak kan menjejaskan kami yang menyewa kat situ. So, dia pun bawalah kami pergi tengok rumah dia.
Terkejut tak kalau aku cakap, rumah dia memang cantik dan penuh dengan barang-barang lama. Dan pakcik tu cakap jangan terkejut kalau Rozita Che wan pun datang berubat kat sini. Aku dan aiza, tersenyum angguk-angguk sahajalah. Rumah dia memang misteri, penuh dengan gambar-gambar lama, gambar artis Fasha Sandha pun ada dalam bilik dia berubat tu dan macam-macam khazanah lama termasukklah batu nisan pun ada. Bunyi macam seram, tapi kami berdua tak rase ape-ape pun padahal masa tu dah pukul 12 mlm. Angguk-angguk dan cakap ok dan kemas. Kami pun setuju bila pakcik tu cakap, dia akan call dulu sebelum datang kat umah ni. Kalau ada hal benar-benar memerlukan dia berubat dekat rumah tu.Sebab sewa pun murah RM200 dan deposit pun murah RM200 so, rasenya kami setujulah.
Akhir sekali, atas nasihat dari buah hati aku yang sibuk suruh aku tengok movie Flat 3A padahal rumah aku nak duduk nanti Flat 6B. Aku dan dengan aiza pun bersepakat tidak jadi hendak duduk di rumah tok bomoh tu dan bertawakal mengharapkan Chinese guy tu siapkan rumah kami. Apalagi aiza nampak takut dengan pakcik yang tetiba berminat dengan dia. Nasib baik aku dah bagitahu aku dah ada pakwe. Aiza terlepas cakap dia masih single. Sampai semalam, pakcik tu masih ganggu dan pujuk aku duduk rumah tok bomoh tu.... huhu
Jika kita ambil fikiran kita dari satu sudut positif. Sentiasa berhati-hati dan berfikirlah dengan akal yang waras serta tidak terburu-buru dalam merancang sesuatu.
“Tanyalah Hati dan Positifikan Minda”

Monday 15 August 2011

HR Officer Aneh atau Pelik?

Rentetan daripada interview di IOI Group (Properties).
Aku ingatkan interview tu akan berakhir dengan aku gagal dan tak di terima. Tapi sebenarnya memang aku tak tahu pun status aku samada aku di terima atau tidak. Langsung aku tak nak berharap aku dapat di sebabkan aku dah bergaduh dengan HR Officer IOI Group tu. Kenapa? Kenapa aku bergaduh? Aku pun pelik kenapa lah aku harus terlibat dengan interview yang pelik selama 2 jam dan aku ingatkan akan berakhir di situ tapi 2 3 hari kemudian HR Officer dia telefon dan tanya boleh ke dia nak minta ‘reference’. Tentulah aku gembira dan seronoknya dan lantas setuju sahaja. Ingatkan peluang nak dapat kerja tu makin menghampiri tapi keseronokan yang menjadi kegeraman yang tak terhingga.
Tuhan sahaja yang tahu betapa aku kurusnya puasa aku semalam. Dan silap-silap boleh terbatal gara-gara HR Officer IOI tu. Aku pun pelik, setahu aku kalau HR buat reference mestilah dia nak tahu samada betul ke kita kerja dekat situ dan bagaimana prestasi kita. Tapi ini tidak, lain yang jadinya. Ada ke HR Officer tu pergi tanya HR Manager aku kenapa aku nak ‘resign’?  dan siap bagitahu lagi aku ada hantar permohonan kerja di syarikat dia dan dia ingin tahu siapa ‘superior’ aku.  Ya Allah, menggigil badan aku HR manager aku panggil masuk minute meeting gara-gara HR Officer IOI tu. Dia terkejut dan tidak menyangka aku akan berhenti kerja.
Masalahnya.... Aku hanya buat permohonan kerja di situ sahaja dan tidak berniat untuk berhenti kerja jika aku tidak mendapat kerja lain. Bukannya aku hendak berhenti kerja terus. Dan kenapa HR Officer tu tak faham dan mendedahkan status permohonan kerja aku di syarikat tersebut. Bukankan perlu ada kerahsiaan terhadap orang yang mohon kerja denga syarikat pemohon tersebut. Perlu ke sebarkan pada semua management aku cari kerja lain?. Semalaman aku tak dapat tidur memikirkan kenapa dia buat aku macam ni. Kalau betul pun procedur tapi bukankan ada kerahsiaan terhadap permohonan tersebut. Lainla kalau aku betul-betul dapat kerja tersebut dan dia bagitau manager aku yang aku perlu resign.
Peliknya Ya Allah...
Jika kita ambil fikiran kita dari satu sudut positif. Berhati-hati dalam memilih sesuatu yang mungkin akan memudaratkan diri kita dan masa depan kita.
“Tanyalah Hati dan Positifikan Minda

Bonus Raya

Hari ini bercerita pasal bonus raya. Alhamdullilah sudah 16 hari kita berpuasa dan tinggal  sedikit lagi baki untuk di sudahkan. Semua orang kelihatan gembira apabila mendengar lagu raya dan bersedih apabila tinggal sedikit lagi Ramadan akan berlalu pergi. Masing-masing sibuk mencari keredhaan Allah. Manalah tahu kalau tak sempat nak berjumpa lagi di Ramadan seterusnya. Takut aku membayangkan kalaulah umur aku sampai tahun ni sahaja.Banyak-banyakla berdoa semoga Allah panjangkan umur kita.
Semalam dengan murah hatinya syarikat aku memberikan bonus raya buat pekerja Melayu. Separuh daripada gaji asal dan gaji pula akan di masukkan minggu terakhir sebelum cuti raya. Gembiranya hati aku, balik kerja terus pergi check penyata. Alhamdullialah ada rezeki untuk anak-anak sedara aku dapat duit raya tahun ni. Maklumlah, ni pertama kali aku kerja paling lama dekat BCI ni selepas tamat pengajian. Aku pasti semua seronok bila mendapat bonus dan ada yang tidak puas hati kenapa bonus mereka dapat sedikit. Bagi aku, cukupla dengan apa yang kita dapat tu dan bersyukurlah sekurang-kurangnya kita masih dapat bonus raya. Banyak syarikat lain yang aku dengar tak ada bagi bonus raya dekat pekerja mereka. Contoh terdekat syarikat buah hati aku dan rakan karib aku. Kesian mereka berharap pada gaji sahajalah untuk perbelanjaan raya.
Bonus raya ni boleh la di gunakan untuk perbelanjaan nanti. Jangan boros-boros simpan dulu takut nanti bila balik kampung dah tak ada duit raya nak di berikan. Gaji pula kena rancang betul-betul dan simpan sebahagian  darinya untuk perbelanjaan selepas raya. Semasa raya kena betul-betul beringat, jangan selepas raya pokai dan kena berhutang pulak.
Jika kita ambil fikiran kita dari satu sudut positif. Bersyukurlah dengan rezeki yang di berikan oleh Allah dan jangan merungut walaupun sedikit ganjaran yang di berikan. Mungkin akan ada hari yang lebih baik.
 “Tanyalah Hati dan Positifikan Minda

Sunday 14 August 2011

Kahwin Free Atau Kahwin Bajet Rendah?


My LoVely Sister With her Husband
 Perkahwinan itu adalah sesuatu  yang mulia yang amat di galakkan oleh ALLAH S.W.T terhadap hambaNya supaya dapat mengelakkan dari berlakunya maksiat. Dan, apabila kamu merasakan diri kamu berada dalam maksiat di antara pasangan kamu maka WAJIB lah bagi kamu untuk menikahi pasangan kamu.  Perkahwinan adalah sesuatu yang menggembirakan bagi kita orang Islam dan mendukacitakan bagi iblis dan syaitan.  Semua orang teringin untuk berkahwin, membina rumahtangga bersama pasangan yang di cintai dan memiliki zuriat yang sah.
Tapi... Dunia sekarang bukan seperti zaman dahulu. Dunia sekarang adalah dunia DUIT HANTARAN.  Berapa rasa terbeban bagi mereka yang tidak berkemampuan apabila pasangan mereka meletak hantaran yang tinggi. Aku juga begitu. Hantaran perkahwinan aku juga agak tinggi bagi kami yang kononnya ada pelajaran dan pekerjaan. Nilai duit hantaran sekarang di letak di mana pelajaran dan pekerjaan seorang perempuan itu. Namun ada juga yang dari pelajaran yang sederhana tapi meletakkan hantaran yang tinggi. Soalnya mampu ke pasangan nya?? Ada berapa sebab kenapa pasangan mereka tak mampu.Pernah ke kita selami hati pasangan  kita dan cuba bertanya mereka berapa simpanan mereka. Zalim sangat ke kalau bagi hantaran rendah? Atau malu sangat ke bila kawan-kawan tanya berapa hantaran kita? Mana yang penting kahwin untuk elakkan maksiat atau kahwin kerana wang hantaran? Aku pun tak berapa pasti.. tapi bagi aku.. Aku Cuma ingin kahwin untuk mengelakkan dari berlakunya maksiat. Maksiat tu bukan definisi untuk terlanjur atau zina sahaja tapi berpegangan tangan, berpelukkan, keluar berdua-duaan. Aku masih lagi jahil untuk memberi definisi sebegitu kerana aku sendiri masih jahil dalam erti maksiat yang sebenar. Kita orang muda serta darah muda pasti syaitan suka untuk berdampingan.
Aku dengan buah hati aku kami bekerjasama mencari dan mengumpul duit bagi perkahwinan kami. Kami bukan artis senang-senang nak dapat tajaan , bukan juga anak orang kaya yang boleh minta ibu ayah untuk ‘sponsor’kan apa yang kurang. Kami masih lagi cuba bertapak untuk mencari pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik. Walaupun niat teringin kahwin dengan cepat, tapi apakan daya duit simpanan masih tidak cukup. Jika fikirkan tanggungjawab.. Aku tahu My Hunn is the best person that can handle our marriage soon. Dia seorang yang penyabar belom pernah aku jumpa setakat ni. Tapi kenapa aku meletakkan hantaran tinggi jugak? Sebab malu ker? BUKAN.. BUKAN.. sebabnya aku perlu memikirkan perasaan keluarga aku. Ma dah meletakkan nilai untuk anak dia. Adakah ma aku nak jual aku?? BUKAN.. BUKAN.. dengan pengorbanan mereka membesarkan aku tidak salah dia hendak meletak nilai untuk anak dia.  Lagipun duit hantaran itu bukan untuk dia tapi untuk aku dan masa hadapan aku jika berlaku apa-apa. Dugaan tuhan, kita manusia takkan dapat untuk meramalnya.  Ikutkan hati aku, cukuplah dengan akad nikah dan majlis sederhana bagi memperkenalkan dua keluarga dan asalkan aku dapat menjadi isterinya sudah memadai. Tapi semua itu tak sesenang yang di fikirkan.
Kami pernah bergaduh soal duit hantaran tapi apakan daya ku. Hati keluarga aku perlu jaga dan aku hendak dia memahami apabila kami sudah mempunyai anak nanti. Jika kita ambil fikiran kita dari satu sudut positif. Usaha sahaja tidak memadai, doa dan restu dari Yang Esa itu adalah penting untuk kesempurnaan hidup kelak.
“Tanyalah Hati dan Positifikan Minda”

Friday 12 August 2011

Memaksa hati kerana ia rezeki ku...

Kenapa semua manusia kena bekerja? Itu sahaja persoalan yang ada dalam minda aku ni. Jawapannya mudah sahaja. Kerana kita bukan orang kaya dan perlu menyara diri sendiri. Bila di fikirkan balik, indahnya masa ‘study’ dulu. Bila ada peperiksaan sahaja baru fikirkan buku, kalau pun ‘stress’ hanya pada exam. Duit mungkin akan buat kita ‘stress’ jugak tapi masa tu tetap ada sokongan dan saluran dari keluarga.  Bila di alam pekerjaan ni,baru aku terfikir betapa susahnya untuk ma dan abah mencari duit apa lagi mereka tak berpelajaran setakat Darjah 6 sahaja. Kekayaan sungguh susah untuk di capai, walaupun dapat di capai tak mungkin mengambil masa sehari.  Rasanya tak semua orang dapat bekerja di dalam bidang yang di ikuti masa di universiti dan buktinya tengoklah aku sendiri. Lari dari bidang pengajian dan bekerja sebagai sales coordinator yang aku rasa tak sesuai langsung dengan jiwa aku. Aku tak suka kerja macam ni. Tak suka di arah-arah dan di beri arahan sedangkan aku tahu aku boleh buat lagi baik dari ni. Tapi peluang tak selalu ada. Kalau ada, ENGLISH yang tak seberapa ni tetap di tendang orang.  Hati ni memaksa jea dari hari ke hari untuk bekerja kat sini tapi otak makin lama makin bebal dan tak ingin lagi nak terima segalanya. Sangat susah nak mencari satu peluang, dan sangat senang untuk hilang peluang tersebut. Aku hanya perlu bersabar dan memaksa hati ni kerana di sini ada rezeki aku. Dan aku berharap dengan usaha, aku akan dapat kerja seperti yang aku mahu. Tapi akan ada ke peluang tersebut??
Jika kita ambil fikiran kita dari satu sudut positif.. Kita patut bersyukur, sekurangnya aku masih lagi ada pekerjaan sedangkan di luar sana lagi ramai yang mengganggur dan terkejar-kejar mencari kerja.
“Tanyalah Hati dan Positifikan Minda”.

Thursday 11 August 2011

Orang kita adakah seperti orang asing?

Di sebalik cermin di konti pejabat, termenung melihat pemandangan yang tak seberapa indah. Pagi-pagi memang aku gemar termenung mengambil ‘mood’ untuk melakukan kerja sambil mendengar Dj Hot Fm berceloteh. Hari ni topik “ Berapa kos mari memikat?” . Kadang-kadang telatah Dj Fara,Usop,FBI dan AG memang betul-betul mencuit hati aku. Sampai boleh tersenyum sendiri lah katakan. Sedang syok melayan perasan, terpandang di sebalik cermin seorang warga asing yang di ambil bekerja di syarikat aku. Warga Nepal atau Myammar aku kira. Khusyuk dia sedang menyapu sampah membersihkan halaman sekililing syarikat. Satu, satu sampah di kaut di angkat menggunakan tangan tanpa apa-apa sarung tangan. Kelihatan jijik pada aku melihat tangannya berbalut sampah saliran longkang tapi apa agaknye perasaan dia? Sedangkan aku yang melihat pun merasa jijik. Mungkin sudah terbiasa atau mungkin terpaksa membiasakan diri, memandangkan itu adalah rezeki nya.  Rajin dia membongkok dan menarik satu, satu sampah di sebalik timbunan sampah dan meletakkan ke dalam kereta tolak.  Tiba-tiba teringatkan abah... Adakah kerja abah pun macam ni? Kerja memungut sampah di kampung adakah berbeza dengan kerja memungut sampah di bandar?  Hati mula rasa gelisah, air mata mula bergenang.. “itu rezeki” abah pernah bagitahu aku. Mungkin terpaksa atau terpaksa memaksa demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak membesar.
Adakah orang kita ni sama dengan orang asing? Adakah hati aku ni kesian melihat orang asing tu? Sedangkan begitu ramai orang asing di bumi Malaysia ni. Hati ni kadang-kadang kejam mengiayakan yang mereka itu sebenarnya menumpang kekayaan untuk mencari rezeki dekat sini. Salah ke berfikiran semacam tu? Semacam rasa benci dan meluat tapi... bila memikirkan balik.. Sanggup ke anak-anak muda kita bekerja seperti mereka, memungut sampah, membina bangunan, membuat jalan raya. Sanggup ke orang kita? Mungkin ada yang sanggup.. Sedangkan abah pernah bagtau aku, mula-mula memungut sampah dia malu orang melihat dia dalam keadaan buruk, busuk dan penat mencari di tengah-tengah matahari yang terik.Tetapi keadaan yang memaksa dan dia terpaksa. Kesiannya abah..
Orang asing pun mesti sama juga, mereka datang dengan harapan mencari rezeki. Apa-apa kerja pun jadilah janji mereka dapat hasil dari berada di negara mereka yang mungkin tak menjanjikan apa-apa.  Mungkin mereka suka atau mungkin mereka terpaksa atau mungkin keadaan yang memaksa mereka. Jika kita ambil fikiran kita dari satu sudut positif.. Mungkin ke kita dapat menerima orang asing dan sebab mereka datang ke bumi Malaysia ni.
“Tanyalah Hati dan Positifikan Minda”.


Mencari Persekitaran yang Lebih Baik..

Hari ni aku buat keputusan mendadak dengan mengambil MC untuk pergi interview.  Syarikat yang menjemput aku untuk interview bukan syarikat biasa-biasa. Syarikat besar dari bidang hartanah dan mengungguli “Top 10 Best Company”. Rasa macam nak terlompat-lompat masa dapat panggilan temuduga tu, tapi sempat ke nak buat apa-apa persediaan? Memang tak sempat! Aku dapat panggilan selewat puku 4 petang pada 10/08/2011 dan interview seawal 10.am pada 11/08/2011. Semalaman masa aku, aku pergi cari jalan ke tempat interview aku. Takut sesat dan tersesat dan melewatkan masa interview, terpaksa la berkorban. Selepas berbuka puasa jea terus minta tolong buah hati temankan aku mencari lokasi syarikat tersebut. Lepas jumpa, balik dan penat terus tertido tanpa sempat praktis apa-apa. Memang betul la aku hanya bertawakal sahaja. Bagi aku, jika Allah mengizinkan itu rezeki aku ia akan tetap menjadi rezeki aku dan jika bukan maka aku redha sahaja.  Walaupun aku tahu kita harus berusaha untuk mendapatkannya dan aku sudah seadaya upaya berusaha menghafal dan praktis di dalam kereta sahaja.
Langkah kanan aku mulakan dengan Bismillah dan laju aku pandu My Viva ke destinasi yang sepatutnya. Memang aku sudah terlewat tapi masih lagi sebelum pukul 10.am. Aku berdoa banyak-banyak harap orang yang menemuduga aku ni adalah orang yang bertimbang rasa. Sampai di syarikat tersebut, aku awal 5 minit namun tersesat mencari parking kereta yang rupanya parking berbayar di dalam bangunan hotel so melewatkan masa aku menjadi 10 minit.
Aku di sambut dengan tak berapa mesra aku kira dari penyambut tetamunya tapi tak mengapalah. Percaya tak, aku mengambil masa 2 jam setengah untuk interview aku dengan seorang manager aku kira. Inilah interview paling lama yang pernah aku alami setakat ni. Paling lama pun 45 minit di KFC Holding. Dan.... Semacam aku duga.. Tanpa persediaan yang rapi tak mungkin aku lulus dalam temuduga ni. Bermacam-macam soalan yang tak terduga dan tak tercapai dek jawapan ni .. membuatkan aku hentam dan belasah jea. Kira ok lah manager ni, still layan merapu meraban aku ni sampai 2 jam setengah.
Kesudahannya.. Aku tersenyum sendiri dengan English aku yang FAILED!!
Jika kita ambil fikiran kita dari satu sudut positif. Mungkin bukan rezeki aku untuk bekerja di IOI GROUP of Companies.
“Tanyalah Hati dan Positifkan Minda”.

Wednesday 10 August 2011

HaRi YaNg inDaH..

Pagi yang indah dan hari yang indah dan bermula dengan senyuman yang indah. Percayalah kita akan dapat yang indah dan keindahan itu akan terus menjadi sesuatuyang indah. Indah dalam dalam diri dan indah dalam fikiran dan semuanya hanya lah indah. Indahnya ciptaan Allah menciptakan manusia seindah rupa dan akhlak, menciptakan bunga seindah rupa dan sewangi harumannya dan menciptakan alam seindah mata memandang. Mulakan hari yang indah ini dengan minda yang positif dan jauhkan diri dari tekanan dan ciptalah akal yang indah dengan tafakur diri yang indah.
“Tanyalah Hati dan Positifkan Minda”
 

NikEy HeartSsss..... Design By: SkinCorner