Aku lalui hidup dengan bermacam-macam ragam dan perangai manusia di dunia ni. Tekanan tempat kerja sedikit sebanyak menjadikan aku panas baran dan cepat mengeluh. Aku betul-betul benci menjadi pekerja di sini, walaupun syarikat aku tidak membenarkan aku berhenti namun bagi aku itu semua adalah penipuan yang sengaja bermuka-muka. Aku akan cari kerja lain, tak mungkin untuk aku masih bertenggek di sini. Aku tak ingin menjadikan otak ku serabut dengan bermacam-macam masalah dan hidup dalam tekanan.
Ragam manusia yang hanya bermuka-muka di hadapan dan berpura-pura baik. Semenjak berada di Enggang ni, bermacam-macam manusia bermuka-muka yang aku jumpa itu belum lagi di ofis aku. Susah betul hendak mencari manusia yang betul-betul mahu menolong insan yang tersepit kalau ada mesti hendakkkan balasannya. Baru-baru ni aku terpaksa berpindah untuk mencari rumah lain di sebabkan seorang kawanku datang ke sini kerana mendapat pekerjaan. Aku dan sahabatku Aiza, kami yang tinggal satu bilik terpaksa berpindah keluar kerana kesian dengan kawan kami Peah yang akan datang selepas raya. Terpaksa bersusah payah mencari sebiji rumah untuk kami bertiga. Macam-macam masalah yang terjadi, membuatkan aku sedikit tertekan. Aku tak tahu macam mana dengan aiza,mungkin lagi tertekan di sebabkan dia baru sahaja belajar bertapak di Selangor ni. Senang rupanya hendak mengenali manusia yang busuk hati ni. Entahlah, memang perkara yang akan ku sangka tapi buat-buat tidak sangka . ‘The owner’ yang kami sewa sekarang buat perangai tiba-tiba nak ‘burnkan’ deposit aku bagi RM400 sebelum berpindah kesini. Tak ke aku mengamuk sakan.Apa kes la minah ni cari penyakit dengan aku. Last-last bagi Rm200 dengan berbaki Rm200.
Dengan kes tu yang tak settle lagi, kami cari juga sebuah rumah di kawasan Enggang dan terjumpa sebijik rumah dan ‘The Owner’ is Chinese guy. Kami ingatkan dia boleh bertimbang rasa tapi sama jugak, selepas bagi deposit dan dia berjanji akan siapkan rumah tu dalam masa seminggu. Tapi 2 minggu dari tarikh bagi deposit, rumah kosong tu masih duduk macam tu. Dengan pintu rosak dan cermin tak berganti, buat aku dengan aiza bengang. Kami yang akan pindah lepas raya, memang gelisah la sebab ‘the owner’ lama rumah sewa kami for sure akan ‘menghalau’ kami.
So,setelah berbincang kami ingin minta balik deposit kami dari chinese guy tu tapi bermacam-macam putar belit dari chinese guy tu. Entah kenapalah malang nasib kami, percaya dengan orang macam tu jea. Di sebabkan kami terdesak sebenarnya hendak cari rumah dan kami bertawakal sahaja lah. Akhirnya, kami buat keputusan cari rumah lain dengan kadar segera.
Dengan 2 kes yang tak settle lagi. Kami pusing semua blok yang ada kat situ, dalam pada berjalan-jalan tu terjumpa lah 2 orang pak cik yang mengaku sebagai AJK blok tersebut. Di pendekkan cerita, 2 orang pakcik tu hendaklah tolong kami cari rumah sewa dn dapatlah rumah sewa dekat situ tapi bukan umah sewa hanya bilik sewa. Pakcik yang sorang tu bawa la kami jumpa ‘the owner’ bilik yang hendak di sewa tu. Dalam duk berbincang tu,’the owner’ tu bagitahu kami yang rumahnya 1 bilik besar dia guna untuk berubat orang maksudnya bomoh orang. Tapi tak kan menjejaskan kami yang menyewa kat situ. So, dia pun bawalah kami pergi tengok rumah dia.
Terkejut tak kalau aku cakap, rumah dia memang cantik dan penuh dengan barang-barang lama. Dan pakcik tu cakap jangan terkejut kalau Rozita Che wan pun datang berubat kat sini. Aku dan aiza, tersenyum angguk-angguk sahajalah. Rumah dia memang misteri, penuh dengan gambar-gambar lama, gambar artis Fasha Sandha pun ada dalam bilik dia berubat tu dan macam-macam khazanah lama termasukklah batu nisan pun ada. Bunyi macam seram, tapi kami berdua tak rase ape-ape pun padahal masa tu dah pukul 12 mlm. Angguk-angguk dan cakap ok dan kemas. Kami pun setuju bila pakcik tu cakap, dia akan call dulu sebelum datang kat umah ni. Kalau ada hal benar-benar memerlukan dia berubat dekat rumah tu.Sebab sewa pun murah RM200 dan deposit pun murah RM200 so, rasenya kami setujulah.
Akhir sekali, atas nasihat dari buah hati aku yang sibuk suruh aku tengok movie Flat 3A padahal rumah aku nak duduk nanti Flat 6B. Aku dan dengan aiza pun bersepakat tidak jadi hendak duduk di rumah tok bomoh tu dan bertawakal mengharapkan Chinese guy tu siapkan rumah kami. Apalagi aiza nampak takut dengan pakcik yang tetiba berminat dengan dia. Nasib baik aku dah bagitahu aku dah ada pakwe. Aiza terlepas cakap dia masih single. Sampai semalam, pakcik tu masih ganggu dan pujuk aku duduk rumah tok bomoh tu.... huhu
Jika kita ambil fikiran kita dari satu sudut positif. Sentiasa berhati-hati dan berfikirlah dengan akal yang waras serta tidak terburu-buru dalam merancang sesuatu.
“Tanyalah Hati dan Positifikan Minda”